mydreams

ke arah impian itu..akan terus melangkah walau seribu onak dan duri merentasi,,aku akan tetap tabah menuju IMPIAN ITU

Saturday 3 December 2011

TVS CD11 DAN CD 12

Bila dh tambah dos gonal ke 300iu, Alhamdulillah membesar lah skit telur aku bila tvs cd11..tp tu pun x cukup lg cam yg sepatutnya..sebenarnya ada sorang lg yg akan sama2 wat ivf ni kt kuantan..kata nurse telur dia dh besar dan opu dia hr sabtu 26.11.11...aku plak kena dtg lg esoknya,cd 12 jumaat 24.11.11..ni result tvs aku pd cd11: ovari kanan;15x20, 14x14, 9x10, 9x8..ovari kiri; 16x20,12x11,14x13, tebal dinding rahim 14..waktu tu aku rasa agak sedih sebab telur aku masih sampai 18..menurut doktor,kiraannya dua nombor di campur dan dibahagi 2,cth 20x15 (20+15=35/2=17.5)...tak putus2 aku berdoa semoga yvs esok ada berita gembira buatku, amiin.

aku ke HSNZ kali ni bertemankan ibu dan sepupu yg sudahku anggap seperti kakaku sendri..seawal 8 pg kami bertolak,singgah jap breakfast nasi minyak zaki.yummy,yummy..hehe..samapai hospital dah kul 9.15..lps daftar trs ke klinik o&g..oleh kerana hr ni hr jumaat, kaunter pendaftaran kt klinik rawatan harian ni tutup, jadi aku kena gi daftar kat kaunter masuk wad di bangunan wad HSNZ..Dr roziana yg wat scan hr ni, Dr nasir cuti..Alhamdulillah, telur aku dh ada yg besarn ikut saiz yg sesuai utk opu dan aku akan opu pada hr ahad,27.11.11..hr ni las inject,,horrraaaayyyyyyyy...tp mlm ni aku kena inject pregnyl kul 12 mlm kat punggung..sebenarnya blh datang cucuk kat hospital tp aku x ke sana, mujur k,kay,nurse hsnz blh tlg cucuk aku..so aku ke rumahnya mlm tu..tp terlambat sikit kul 12.30 baru sampai sbb sbl tu en.suami gi berurut, sakit belakang..kul 12 baru habis..huhu..aku dh cuak sebenarnya sbbkata k,kay x blh lambat inject kut telur tak matang masa opu nanti..pregnyl ni utk matangkan telur..

balik dr hospital lps tvs tnghari tu, dapat call dr uia kuanta, minta datang hr sabtu kul 10 utk breifinf sbg persediaan sbl opu..bertolak kul 8 pg dr rmhku, smpai sana dlm 10.30..huhu..aku di kehendaki berpuasa mulai kul 12 mlm utk bius pd hr ahad dan kena makan antibiotik pd kul 6 pg ahad..berdebar bukan main aku menunggu esok..yg berlegar difikiran..camner lah kalau aku tersedar sbl opu selesai..ramai yg kata sakit..alahai, Yaallah, permudahkanlah urusanku,amiin..tak putus2 aku berdoa...mlm tu aku tunaikan solat tahjjud,taubat dan hajat memohon rahmat dr Illahi semoga dpermudahkan segalanya..

Tuesday 29 November 2011

Gonal f 300 iu

assalammualaikum..rindunya aku nk menulis kt sini..entry ni sebenarnya dh buat pada hr selasa 22hb nov 2011, pada cd9..lps tvs kali kedua..tp hasrat tertangguh sampai skrg sbb line internet 3G phone aku slow sgt kt kg..tu psl gak aku menyepi jer padahal terlalu byk benda nk aku cerita..bukan apa sbg kenangan buat zuriatku nanti,insyaallah..

aku mula tvs pada cd7..sepatutnya cd6 tp jatuh pd hr sabtu,klinik o&g hsnz k.trg cuti hr sabtu, so pospond hr ahad (20 nov 2011)..result utk cd7 ni memuaskan,Alhamdulillah..ovary kanan; 13x12,10,9,8x7 (3 biji), ovari kiri: 13x2,9x10,7x8, ketebalan dinding rahim 12(cantik kata doc,hehe)..doc srh aku teruskan gonal 225iu dan mula cucuk cetrotide (betul ke eja ni hehe) hingga cd 12..tvs kali kedua cd9 (selasa 22 nov 2011), oleh kerana telur nampak cam slow perkembangannya, doc tambah dos gonal ke 300iu..banyakkan..nurse pun kata tinggi dos tu..huhu kena cucuk sampai cd 12..resul cd9: ovari kanan; 10x13,11x13(2 biji), ovari kiri; 14x14(2 biji)11x10(3)..sikit jer beza dr cd7 kan..tu pasal lah kena tambah dos..

waktu aku menulis ni sebenarnya pd cd 16..aku baru jer tansfer embrio pagi tadi di uia kuantan..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..insyaallah akan ku ceritakan nati perjalanan ivfku..skrg tgh baring dan bermulalah 2ww buatku, aku akan berada di kuantan ni selama 2 hari..hari ni aku duk kat le village resort, beserah, esok aku pindah ke de rhu resort..duk sorang2 dalam chalet ni, blh lah menulis kt sini dgn aman..anak dan en, suami masih duk mandi-manda kt kolam,xder lah yg mengacau,hehe..hari khamis 1 dec  balik kl..Ya Allah, rindunya kat rumah kt kl..yalah, dr hr sabtu 19 nov lagi aku dh blk trg.. semoga semua embrio yg berada dalam rahimku sekarang serasi dan damai di sana,semoga terus grow menjadi zuriat kami, amiiiin

Monday 14 November 2011

CD1

perjuanganku bermula lagi.semoga kali ini dimakbulkan segala hajat di hati dan usaha kami berhasil,insyaallah..esok aku akan start cucuk gonal 200iu..esok gak aku kena ambik darah..selama 12 hari,tp stok yg ada utk 6 hr je..nanti time gi tvs pada hr ke 6 baru ambk stok ubat utk hari seterusnya..

Wednesday 9 November 2011

GONAL 225 IU

eemmm...dah lama jugak aku biarkan rumahku ini bersawang..mungkin lps ni x lg kut sbb aku akan mulakan perjalanan ivf sebaik saja cik p berkunjung bln ni..dan sepertimana tujuan asal blog ni tercipta adalah untk catatan aku dalam perjalanan menuju impian.. 8 nov 2011, aku n en suami ke hsnz k.trg, kami kena ambik darah utk ujian saringan bg memastikan kami bebas dr penyakit hepatitis dan 2 lg tu aku lupa dh apa..kalu utk aku plak ada extra satu ujian penyakit rubella. aku juga dapat bekalan ubat..gonal f 225iu.tp untuk 5 hari dulu.selebihnya nanti dibekalkan lg bila dtg tvs pd hr keenam cycle ni..dr nasir amat galakkan pesakit yg nak buat ivf makan jus monavi..kena makan somi istri..aku ada gak lh beli tadi..rm120 sebotl dr staffnurse hsnz..semoga segala usaha diberkatiNYa dan segala urusanku dipermudahkanNya,begitu juga untuk semua rakan2 ttc yg lain,amin..

Saturday 22 October 2011

LUAR BIASA

cik p ku kali amat luar biasa...sakit yg teramat..meriah yang teramat..dan..byk ketulan2 yg keluar (sorry, agak tak senonoh ayat ni)..entah kenapa..tapi yg pasti aku tak sabar menunggu cik p ni stop dan usaha lagi..aku akan ttc secara natural bln ni tanpa clomid, tanpa cucuk mencucuk..rest dulu sebelum teruskan nge ivf cycle nov nanti..sebenarnya setiap bulan sejak 7 tahun yg lalu aku sentiasa berusaha keras, x pernah kenal erti give up..en suami juga tidak pernah jemu..aku amat kagum dengannya..dan setiap kali cik p bertandang dia jualah yang menenangkan ku setiap kali airmata mengalir saban bulan..kerana itulah bila iui ku kali ini gagal..aku tanya, abg kecewa ke, sedih ke..tenang jawapannya; xper its ok, bukan sekali atau dua kali kita gagal..dah berkali2 dalam 7 tahun ni..dah biasa,tak der apa yg nak di kecewakan,kita cubalh lg,nanti ada lah tu..sob,sob..

Ya Allah....tabahkanlah hati hambaMu ini

Tuesday 18 October 2011

kemerah~merahan

huwaaaa...hr ni dah kuar kemerah~merahan..sob,sob..aku sedey sangat..tp masih on duphaston dan utro tu sbb pad yg aku pakai dr pg td hanya terpalit sedikit sahaja yg berwarna coklat..aku x pasti nak trskan ubat tu ke x..huhu

Aku call k.kay, nurse o&g hsnz k.trg nak tanya pendapatnya sbb nurse kat MAC hukm kata trskan sehingga peot kuar byk sampai pad penuh baru stop..kalau ikutkan k.kay dia kata stop jer, itu mungkin permulaan peot..huhuhh..aku ikut je lh kata nurse hukm tu lh.hehe, manalah tahu ada tahu, ada rezki..

Monday 17 October 2011

CD35

setiap hari ada spotting..sedikit tp cukup untuk merisaukanku..huwaaaaaaaaaa..brownish tu mula kuar pagi jumaat lps,14hb okt 2011..terus call MAC HUKM tanya..nurse yg menjawab phone call aku kata teruskan ubt duphaston dan utro tu sehingga kuar fresh blood yg samapai basah dan penuh pad, baru berenti makan ubat..
hari demi hari amat mendebarkan..sehingga ke hari ini keadaan masih sama..huhu..sebenarnya semalam aku dh wat upt, guna clearblue lagi biar accurate..tp resultnya -ve..aku mula x keruan, tambah2 lagi hr ni dh ada darah sikit2 yg keluar..aku amat berharap iui kali ni berjaya Ya Allah..namun apakan dayaku, andainya suratan tidak menyebelahiku kali ini, aku redha kerana segalanya adalah ketentuanNya

Thursday 13 October 2011

CD31

hari ni dh 31 hari dr tarikh cik p mengunjungi aku last month..cycle aku yg paling pjg sebelum ni 32 hari..ermm, kena tunggu beberapa hari lagi lh utk check kalau cik p x bertandang esok ler..sebenarnya aku dh gatai pi cek 3 hari lps..tp seperti biasa lh, -ve ler, apa lagi..huhu


aku rasa nak tunggu hari selasa depan, 3 minggu after iui baru nak test lagi lah kalau cik p x mai..cam awal sgt lah aku test hr tu kan..itulah excited sangat..kan dah frust.huhu..aku ada gak terpikir ke cik p aku ni segan nak mai sebab aku makan duphaston dan insert ubat kat tuuuuuuut,,...atau..jeng.jeng.jeng


Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat keturunan yg baik, sesungguhnya engkau Maha Mendengar segala doa..amiin

Wednesday 5 October 2011

duphaston

satu masuk ikut mulut..satut masuk ikut tut..huhu..setiap hari 3 kali sehari..pukul 8am,4pm dan last 10 pm..yang kena makan tu namanya duphaston..yg satu lg tu plak ntah apa namaya..nanti jap lg mummy chek key..ubat2 ni nak kena ambik sampailah appoinment nge prof zainul 9 november ni..itu pun kalau cik p mummy tak bertandang lh bln ni..hrp2nya camtu lh,amiin...kata prof selagi x period selagi tu kena ambik ubat ni..mummy ada gak tanya fungsi ubat ni..semuanya untuk support pregnancy after iui..bersinar rasnya harapan...berbunga2 hati mummy mendengrnya..ya lah , cam cerah je skit harapannya kan.namun segalanya adalah dengan ketentuan Illahi..semoga ada rezki mummy kali ni, amiin

tp terus terang, semakin hampir ke 13 okt..hr yg sepatutnya mummy dikunjungi cik p semakin berdebar dan tak keruan jiwa mummy ni..hati tu rasa cam takde apa2 tapi tetap menaruh harappan walaupun sebenarnya tak nak berharap sangat .. takperlah, apapun resultnya nanti akan mummy cuba terima dengan redha..pasti ada hikmahnya di sebaliknya..pasrah                          

Monday 3 October 2011

PENJAGAAN SELEPAS IUI

Kata orang, lepas wat iui kena rest, kena pantang makan macam2..aku? eh! haruslah jaga kan..hehe..tapi itulah kadang2 den terlupo..sudahnya dah terangkat benda berat, dah terminum ais dan macam2 ter lagi lah..camner ni..huhu..hari ni aku baru 6 hari lepas iui..tak tahu lh camner rezekiku kali ini..segalanya aku serahkan kepadaNya..tiada daya upaya ku Ya Rabb..melainkan hanya dengan izinmu Ya Allah..

tapi..malam ni aku rasa tak keruan..rasa nak nangis..huaaaaaaa..sebabnya, en.suami aku nampaknya benar2 berharap..katanya, bila dapat tahu pregnant ke tak yang..tak sabar rasanya nak tahu..huwaaaa,huwaaaa..aku jadi takut..takut tak berjaya..akan kecewakah en suami..bila aku kata aku sangat tak suka kalau dia mengharap, takut dia kecewa dan aku akanlebih kecewa kalau aku mngecewakannya..tapi en suami plak kata..taklah,tak mengarap sangat..pulak dah..habis tu awatlah cik abang duk kata lagu tu tadi cik abang oiii...huhuhu

takpe lah..apapun keputusan iui kali ni nanti, aku pasrah, aku redha dan akan ku tabahkan hatiku semampu mungkin andai ianya menyakitkan..dan andainya ia membahagiakan, akan ku sujud kehadratmu bagi mensyukuri nikmat dan anugerahMu  Ya Allah

Tuesday 27 September 2011

INILAH HARINYA..IUI

pesan nurse kat kaunter mac hukm..datang awal ya hr selasa, kul 8 pg dah ada kt sini..insyaallah.hehe..namun kita hanya merancang,Allah yg menentukan..memandangkan malam tadi kul 3 pagi aku barui sampai rmh dr klia sebab htr adik ipar sambung belajar ke mesir..sudahnya kul 9.15 baru aku sampai..huhu

sampai jer trs ke kaunter, nurse bg bekas utk en.suami produce sample..masa tu ada org kat dalam bilik..so tunggu ler kami..kul 9.45 baru blh guna bilik tu..namanya bilik tu BILIK BERKAT..cantik namaya, semoga diberkati usaha semua yg sedang berttc..dalam kul 10.15 segalanya selesai.en.suami trs ke bank rakyat sbb ada meeting kul 10.45..tinggal lah aku menunggu sorang2..tp xper aku dh biasa..sementara tunggu sample sedia dalam 45 minit aku gi breakfast jap..kul 11 dah ada kat depan kaunter dah.

prof datang kul 1..lamakan aku tunggu tp tak aku rasa bosan cuma rasa nak terkencing ni jer yang buat akau tak selesa..prosedur iui kalini  amat mudah ..mungkin kerana kepakaran prof zainul..aku rezst dalam 1 jam..lena sangat sbb ngantuk malam ted tido lambat..hahaha..aku hanya terjaga bila en suami call nak datang ambik,meeting dh habis..bila aku nak balik baru aku tahu kena scan plak dulu..patutlah disuruh tahan kencing..nak tgk telur dah pecah ke belium..inilah kali pertama aku buat iui bgini prosedurenya, bagus sangat aku rasa..Alhamdulillah, aku dh ovulate..Ya Allah, permudahkan lah segalanya dan perkenankanlah doa kami Ya Allah..

hr ni aku byr 360 utk duphaston dan progetron..duphaston kena makan 3 kai sehari, progestron kena insert vaginaly 3 kali sehari..sebelum ni aku dah 3 kali buat iui ytp x pernah dibekalkan ubat sebegini..ubat ni utk membantu kehamilan..aku kena ambk sehingga tarikh appoinment dgn prof 9 nov ni...aku cuma perlu stop bil;a cik p datang bertandang..aku amat berharap cik p main jauh2 bln ni..x payah lah datang cik p utk 9 bulan..please..

setelah semuanya selesai ..aku bertolak balik, sampai rumah dah kul 4..trs insert ubat then tido...serononyer..hehe

Ya Allah, berkatlah dan rahmatilah usaha kami..kabulkanlah doa kami, kurniakanlah zuriat keturunan yg baik kepada kami Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar segala doa..amiiiin

Suntikan menonys utk iui

bermula 14 september hingga 25 september aku kena ambik menonys 150iu..kalau ikutkan prof zainul  suntikan tu kena ambik SC atau cucuk kat perut tp aku pandai2 pi cucuk kt punggung..eh, bukan saja2 tau..sebenarnya camni..pada 14hb sept tu, kiranya hr pertama akau nak cucuk aku ada appoinment nge gyne Dr nasir di HSNZ k.trg utk ivf bln dec ni..jadi ts minta k.kay salah sorang nurse kt sana..k,kay ni memang baik dan peramah orangnya..menurutnya menonys ni sama macam ubat foliova, satu company sepatutnya cucuk kt muntut..kat kotak pun ada tulis camtu gak..Intramusculer only..tp k.kay cucuk jugak lh kat perut hr tu..pas aku jumpa dr nasir, k.kay atang jumpa aku dan cakap dia ada tanya supplier dr company ubat menonys ni..supplier tu cakap x blh cucuk kat perut nanti perut jadi bengkak2..aku apalagi, esoknya dan seterusnya terus cucuk kt muntut..sorry prof..hehehe

hasil scan aku hr ahad hr tu adalah telur yg besar tp x banyak..telur memang bnyk sebenarnya ..sebelah kanak ada 9..sebelah kiri ada 4..haaa, 14 semuanya tp yg besar cuma satu jer..huhu..hr ahad aku cucuk menonys kul $
4 ptg..mlmnya cucuk pregnyl plak utk pecahkan telur..huhu.iui dijangka buat hr selasa..mudah-mudahan dipermudahkan dan diberkati Illahi, insyaallah

Saturday 13 August 2011

IVF..

Malam tadi airmataku menitis lagi..tera kerdilnya diri ini.itulah aku, seorang hamba yg lemah..walau bagaimmana kuat aku berusha, walau sejuta doa kupanjatkan, walau segunung impian kubina namun andai Allah masih tidak mengizinkan..maka berkunjunglah cik p tepat pada masanya..puteri dan ensuami, maafkan ibu..lebih down rasanya melihat ensuami nampak turut kecewa walau kata2nya ttp mengatakan..xper,..

Puteriku..terlalu mnginginkan teman utk bermain..aku, terlalu ingin merasai keindahan mengendong dan menyusukan baby setelah 8 thn pengalaman itu berlalu..ia semakin pudar dr ingatan..cik p ku x pernah gagal utk bertandang sejak 8 thn ni..6 thn lps aku mula ttc...3 thn ni aku terlalu serius ber ttc dan hari ni aku dh penat..

Aku dijadualkan buat ivf november ni..mmg aku terlalu berharap agar aku blh mengandung sbl november..tp nampaknya harapanku tinggal harapan..semoga ivf nanti bakal menjanjikan sesuatu buat kami dengan izin Allah...

Friday 8 July 2011

salam perkenalan

assalamualaikum

aku terpanggil untuk menulis..ingin berkongsi rasa dengan teman senasib,,semga resah di hati dapat dikongsi bersama...semoga usaha ttc bakal diberkati dan di makbulkan doa oleh Yang Esa, amin