mydreams

ke arah impian itu..akan terus melangkah walau seribu onak dan duri merentasi,,aku akan tetap tabah menuju IMPIAN ITU

Friday, 21 October 2011

Belum rezekiku

setelah 7 hari aku spotting, akhirnya..sob,sob,sob..dengan sedihnya, iui ku kali ke 4 ni gagal lagi. belum rezekiku nampaknya kali ni..cik p bertandang dengan meriahnya hr ni..sakit perut dan pinggang pun agak luar biasa kali ni..sakit sesangat..huhu. bertambah lh sedih..huhu.dan hari ni jugak aku stop makan duphaston dan ambk ubat utro..masih ada bakinya.xper lh , bak kata nurse kat MAC HUKM hari tu walaupun spotting masih kena beli ubat ni, nanti kalau period ubat ni blh simpan utk rawatan akan datang..waktu tu aku terus berdoa, Ya Allah, perkenankanlah doaku, semoga tiada rawatan akan datang lagi untukku..namun, kuasa dan kehendajk Allah mengatasi segalanya..andai belum di kehendakiNya, maka aku harus terus berusaha lagi dan lagi dan lagi..ya tanpa jemu..dengan harapan, satu ketika di hari yg sangat istimewa itu Allah mendengar dan memakbulkan doaku..amin

aku kini harus persiapkan diri untuk ivf bulan nov ni..kadang-kadang aku jadi takut sebenarnya..takut untuk menghadapi kegagalan lagi..amat sukar untuk memujuk hati ini agar terus redha dan bersabar, Alhamdulillah aku masih dapat mengawal rasa hati agarterus tabah..aku sedih kerana banyak hati yg kecewa dengan kegagalanku kali ini..maafkanku, bukan dayaku..walaupun en suami cakap xper, kita blh cuba lagi, toksah sedih2..betul, kita blh cuba lagi tapi.....huwaaaaaa,huwaaaa

Ya Allah, sesungguhnya terlalu banyak dosaku padaMu Ya Rabb..Ampunkalah dosaku, makbulkanlah doaku Ya Allah..kurniakanlah kami zuriat keturunan yg baik Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Ya Rabb

3 comments:

  1. *hugs*

    mengalir airmata baca entry nie. kuatkan semangat k. kegagalan mmg perit kan. tp jgn putus asa yer. sy doakan yg terbaik utk kamu.

    ReplyDelete
  2. Sabar ya dear.
    Allah belum izinkan lagi.
    Pasti DIA ada plan yang lebih baik utk adik.
    Akak dah 6 kali iui. Semua failed.
    Akak redha ja.

    ReplyDelete
  3. sedihnya baca. saya pn ttc. dh few times iui saya masih menaruh harapan moga allah kurniakan zuriat

    ReplyDelete