mydreams

ke arah impian itu..akan terus melangkah walau seribu onak dan duri merentasi,,aku akan tetap tabah menuju IMPIAN ITU

Wednesday, 26 October 2011

cantikkan..

apa yg cantik? tu, prm ngandung tu, cantikkan...huhu..mungkin kata2 tu spontan jer keluar dr bibir en suami, tp cukup buat akau bersedih..nyata sekali en suami juga skrg dh x sabar2 nak baby lagi..ya lah dah 8 tahun usia puteri kami, dah 7 tahun kami berttc saban bulan tanpa pernah jemu ..tanpa pernah tertinggal walau sebulan..macam2 cara perubtan kami cuba, pantang dengar ada bidan mahupun bomoh sekalipun kami pergi..dalam tempoh itu 4 iui dh kami jalani di 3 pusat perubatan di kl ni,..sebut pasal berurut, entah berapa org bidan dah aku pergi, sebut pasal perubtan tradisonal pun sama..macam yg dah aku dengar, ada makhluk halus dalam perut, ada benda yg makan benih ku saban bulan, ada yg bomohkan ku dengan ikat rahim agar x hamil..macam2..nak percaya sangat benda2 camni tak boleh, nanti blh jadi syirik plak,nauzubillah...

dan hari ini...aku masih lg gagal hamil..setiap bulan selama tujuh tahun bukanlah satu masa yg singkat...agaknya kesabaran en suami dalam menanti hadirnya baby sudah kian menipis...walau tak pernah diungkapkannya, namun dapat aku rasakan..lebih2 lagi dengan kegagalan iuiku baru2 ni..kesian sungguh aku  padanya, namun apa dayaku...masih ku ingat, bila waktu suburku dijangka tiba, suamiku yg terpaksa ke ipoh atas tuntutan tugas akan pulang jugak pd hr yg sama agar kami tidak terlepas waktu subur tersebut. walau penat sekalipun en suami tidak pernah merungut.bukan sekali,bukan dua kali..tak terhitung rasanya en suami berkorban sedemikian dengan harapan di akhir kitaran ku bulan tersebut akan hadir berita gembira, namun .harapan masih tinggal harapan..huhu

acap kali aku menangis tiap kali puteriku bertanya..ibu, bila ibu nak dapat baby..anakku, ibu tiada jawapan untuk soalan itu..sungguh ibu tak tahu sayang..pernah diminta agar aku mengambil anak angkat, katanya dia bosan, xde kawan..anak angkat pun xperlah..acap kali juga hati ini tersentuh melihat dia amat teruja setiap kali  berpeluang untuk bermain dengan baby..tak kira baby siapa, walau dimana..di kedai makan, disurau bila kami singgah solat atau dimana saja..raut wajahnya yg nampak sayu bila di ajak pergi meninggalkan baby tersebut amat mnyentuh perasaanku..maafkan ibu wahai anak..sesungguhnya ibu tak berdaya..seringkali ku berpesan, adik berdoalah banyak kt Allah, pasti Allah akan bagi nanti, cuma lambat skit jer..semoga puteriku memahami

kini, aku menunggu period kan datang utk mulakan ivf..sangat besar harapnku kali ini..aku tak putus2 berdoa semoga Allah permudahkan rezkiku..banyak blog2 kawan2 ttc yg menjadi rujukanku saban hari..semoga segala pengalaman yg dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua yg sekapal..sesungguhnya perasaan kita ini hanya difahami oleh orang yg mengalami..terkadang mereka di luar sana tak faham atau mungkin tanpa sengaja telah melukakan kita walhal pada mereka itu tiada apa2..itulh perbezaan antara kita dan mereka..apapun kita tetap istimewa..

Saturday, 22 October 2011

LUAR BIASA

cik p ku kali amat luar biasa...sakit yg teramat..meriah yang teramat..dan..byk ketulan2 yg keluar (sorry, agak tak senonoh ayat ni)..entah kenapa..tapi yg pasti aku tak sabar menunggu cik p ni stop dan usaha lagi..aku akan ttc secara natural bln ni tanpa clomid, tanpa cucuk mencucuk..rest dulu sebelum teruskan nge ivf cycle nov nanti..sebenarnya setiap bulan sejak 7 tahun yg lalu aku sentiasa berusaha keras, x pernah kenal erti give up..en suami juga tidak pernah jemu..aku amat kagum dengannya..dan setiap kali cik p bertandang dia jualah yang menenangkan ku setiap kali airmata mengalir saban bulan..kerana itulah bila iui ku kali ini gagal..aku tanya, abg kecewa ke, sedih ke..tenang jawapannya; xper its ok, bukan sekali atau dua kali kita gagal..dah berkali2 dalam 7 tahun ni..dah biasa,tak der apa yg nak di kecewakan,kita cubalh lg,nanti ada lah tu..sob,sob..

Ya Allah....tabahkanlah hati hambaMu ini

Friday, 21 October 2011

Belum rezekiku

setelah 7 hari aku spotting, akhirnya..sob,sob,sob..dengan sedihnya, iui ku kali ke 4 ni gagal lagi. belum rezekiku nampaknya kali ni..cik p bertandang dengan meriahnya hr ni..sakit perut dan pinggang pun agak luar biasa kali ni..sakit sesangat..huhu. bertambah lh sedih..huhu.dan hari ni jugak aku stop makan duphaston dan ambk ubat utro..masih ada bakinya.xper lh , bak kata nurse kat MAC HUKM hari tu walaupun spotting masih kena beli ubat ni, nanti kalau period ubat ni blh simpan utk rawatan akan datang..waktu tu aku terus berdoa, Ya Allah, perkenankanlah doaku, semoga tiada rawatan akan datang lagi untukku..namun, kuasa dan kehendajk Allah mengatasi segalanya..andai belum di kehendakiNya, maka aku harus terus berusaha lagi dan lagi dan lagi..ya tanpa jemu..dengan harapan, satu ketika di hari yg sangat istimewa itu Allah mendengar dan memakbulkan doaku..amin

aku kini harus persiapkan diri untuk ivf bulan nov ni..kadang-kadang aku jadi takut sebenarnya..takut untuk menghadapi kegagalan lagi..amat sukar untuk memujuk hati ini agar terus redha dan bersabar, Alhamdulillah aku masih dapat mengawal rasa hati agarterus tabah..aku sedih kerana banyak hati yg kecewa dengan kegagalanku kali ini..maafkanku, bukan dayaku..walaupun en suami cakap xper, kita blh cuba lagi, toksah sedih2..betul, kita blh cuba lagi tapi.....huwaaaaaa,huwaaaa

Ya Allah, sesungguhnya terlalu banyak dosaku padaMu Ya Rabb..Ampunkalah dosaku, makbulkanlah doaku Ya Allah..kurniakanlah kami zuriat keturunan yg baik Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Ya Rabb

Tuesday, 18 October 2011

kemerah~merahan

huwaaaa...hr ni dah kuar kemerah~merahan..sob,sob..aku sedey sangat..tp masih on duphaston dan utro tu sbb pad yg aku pakai dr pg td hanya terpalit sedikit sahaja yg berwarna coklat..aku x pasti nak trskan ubat tu ke x..huhu

Aku call k.kay, nurse o&g hsnz k.trg nak tanya pendapatnya sbb nurse kat MAC hukm kata trskan sehingga peot kuar byk sampai pad penuh baru stop..kalau ikutkan k.kay dia kata stop jer, itu mungkin permulaan peot..huhuhh..aku ikut je lh kata nurse hukm tu lh.hehe, manalah tahu ada tahu, ada rezki..

Monday, 17 October 2011

CD35

setiap hari ada spotting..sedikit tp cukup untuk merisaukanku..huwaaaaaaaaaa..brownish tu mula kuar pagi jumaat lps,14hb okt 2011..terus call MAC HUKM tanya..nurse yg menjawab phone call aku kata teruskan ubt duphaston dan utro tu sehingga kuar fresh blood yg samapai basah dan penuh pad, baru berenti makan ubat..
hari demi hari amat mendebarkan..sehingga ke hari ini keadaan masih sama..huhu..sebenarnya semalam aku dh wat upt, guna clearblue lagi biar accurate..tp resultnya -ve..aku mula x keruan, tambah2 lagi hr ni dh ada darah sikit2 yg keluar..aku amat berharap iui kali ni berjaya Ya Allah..namun apakan dayaku, andainya suratan tidak menyebelahiku kali ini, aku redha kerana segalanya adalah ketentuanNya

Thursday, 13 October 2011

CD31

hari ni dh 31 hari dr tarikh cik p mengunjungi aku last month..cycle aku yg paling pjg sebelum ni 32 hari..ermm, kena tunggu beberapa hari lagi lh utk check kalau cik p x bertandang esok ler..sebenarnya aku dh gatai pi cek 3 hari lps..tp seperti biasa lh, -ve ler, apa lagi..huhu


aku rasa nak tunggu hari selasa depan, 3 minggu after iui baru nak test lagi lah kalau cik p x mai..cam awal sgt lah aku test hr tu kan..itulah excited sangat..kan dah frust.huhu..aku ada gak terpikir ke cik p aku ni segan nak mai sebab aku makan duphaston dan insert ubat kat tuuuuuuut,,...atau..jeng.jeng.jeng


Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat keturunan yg baik, sesungguhnya engkau Maha Mendengar segala doa..amiin

Wednesday, 5 October 2011

duphaston

satu masuk ikut mulut..satut masuk ikut tut..huhu..setiap hari 3 kali sehari..pukul 8am,4pm dan last 10 pm..yang kena makan tu namanya duphaston..yg satu lg tu plak ntah apa namaya..nanti jap lg mummy chek key..ubat2 ni nak kena ambik sampailah appoinment nge prof zainul 9 november ni..itu pun kalau cik p mummy tak bertandang lh bln ni..hrp2nya camtu lh,amiin...kata prof selagi x period selagi tu kena ambik ubat ni..mummy ada gak tanya fungsi ubat ni..semuanya untuk support pregnancy after iui..bersinar rasnya harapan...berbunga2 hati mummy mendengrnya..ya lah , cam cerah je skit harapannya kan.namun segalanya adalah dengan ketentuan Illahi..semoga ada rezki mummy kali ni, amiin

tp terus terang, semakin hampir ke 13 okt..hr yg sepatutnya mummy dikunjungi cik p semakin berdebar dan tak keruan jiwa mummy ni..hati tu rasa cam takde apa2 tapi tetap menaruh harappan walaupun sebenarnya tak nak berharap sangat .. takperlah, apapun resultnya nanti akan mummy cuba terima dengan redha..pasti ada hikmahnya di sebaliknya..pasrah                          

Monday, 3 October 2011

PENJAGAAN SELEPAS IUI

Kata orang, lepas wat iui kena rest, kena pantang makan macam2..aku? eh! haruslah jaga kan..hehe..tapi itulah kadang2 den terlupo..sudahnya dah terangkat benda berat, dah terminum ais dan macam2 ter lagi lah..camner ni..huhu..hari ni aku baru 6 hari lepas iui..tak tahu lh camner rezekiku kali ini..segalanya aku serahkan kepadaNya..tiada daya upaya ku Ya Rabb..melainkan hanya dengan izinmu Ya Allah..

tapi..malam ni aku rasa tak keruan..rasa nak nangis..huaaaaaaa..sebabnya, en.suami aku nampaknya benar2 berharap..katanya, bila dapat tahu pregnant ke tak yang..tak sabar rasanya nak tahu..huwaaaa,huwaaaa..aku jadi takut..takut tak berjaya..akan kecewakah en suami..bila aku kata aku sangat tak suka kalau dia mengharap, takut dia kecewa dan aku akanlebih kecewa kalau aku mngecewakannya..tapi en suami plak kata..taklah,tak mengarap sangat..pulak dah..habis tu awatlah cik abang duk kata lagu tu tadi cik abang oiii...huhuhu

takpe lah..apapun keputusan iui kali ni nanti, aku pasrah, aku redha dan akan ku tabahkan hatiku semampu mungkin andai ianya menyakitkan..dan andainya ia membahagiakan, akan ku sujud kehadratmu bagi mensyukuri nikmat dan anugerahMu  Ya Allah