mydreams

ke arah impian itu..akan terus melangkah walau seribu onak dan duri merentasi,,aku akan tetap tabah menuju IMPIAN ITU

Sunday, 17 July 2011

tinggal harapan..

sebenarnya dari hari jumaat lagi aku nak menulis tapi tak sempat..hari ni baru aku ada masa skit..harapan aku bulan ni musna, hancur dan berkecai lagi..tapi kali ni aku sedih sangat..tak sedar, aku menangis semahu-mahunya depan staffku..huhuhu..cik p ku bertandang pada hari jumaat, 15hb julai 2011, jumaat yg lepas..aku start spotting dari hari rabu..dah berbunga2 hati aku..kononnya pregnen,hehe tapi tiba hari jumaat tu..laju jer cik p ku itu..sah-sahlah aku gagal lagi..belum rezeki bulan ni..namun aku takkan putus asa, aku akan terus berusaha sehingga ke ivf akan aku harungi..aku yakin Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buatku..sebagai hambanya aku redha dan berserah padanya


ikut perancangannya aku akan buat ivf di hsnz di kuala terenggganu nov ni..dan aku sebenarnya mengharapkan aku akan hamil sebelum nov 2011 sebab kalau blh aku tak nak buat ivf .bukan kerana apa, aku terpaksa berjauhan dari cik abang utk sebulan nanti..aku akan stay kat kg selama rawatan tu di terengganu,cik abg kat kl..kenapa aku pilih hsnz kuala terengganu utk ivf?..sebab kos ..di sana kos ivf cuma rm3000-4000 sahaja sedangkan di kl ni paling murah pu rm8000..banyak bezanya kan..kebetulan plak aku mmg org trg, jadi senang jugaklah buat kat sana, blh stay nge parents aku jer..cuma yg tak bestnyer jauh dari cik ang ler..huhu. tapi demimua baby, ibu sanggup lakukan apa sahaja

Insyaallah..akan ada rezeki untuk ku satu hari nanti..sesungguhnya Allah Maha Penyayang

3 comments:

  1. Assalammualaikum, saya nak bertanya, saya tinggal di KL, boleh ker saya dapatkan rawatan IVF di HSNZ Kuala Terengganu?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, saya nak bertanya, sekiranya saya tinggal di KL dan bukan orang terengganu, boleh ker saya dapatkan rawatan IVF di HSNZ Kuala Terengganu?

    ReplyDelete
  3. Saya rasa blh..sbb saya dgr ada yg dtg dr perak, kelantan buat kat sana..nanti saya tlg tanyakan..saya pun duk kl gak,ampang,awak kt ner

    ReplyDelete