mydreams

ke arah impian itu..akan terus melangkah walau seribu onak dan duri merentasi,,aku akan tetap tabah menuju IMPIAN ITU

Sunday, 17 July 2011

tinggal harapan..

sebenarnya dari hari jumaat lagi aku nak menulis tapi tak sempat..hari ni baru aku ada masa skit..harapan aku bulan ni musna, hancur dan berkecai lagi..tapi kali ni aku sedih sangat..tak sedar, aku menangis semahu-mahunya depan staffku..huhuhu..cik p ku bertandang pada hari jumaat, 15hb julai 2011, jumaat yg lepas..aku start spotting dari hari rabu..dah berbunga2 hati aku..kononnya pregnen,hehe tapi tiba hari jumaat tu..laju jer cik p ku itu..sah-sahlah aku gagal lagi..belum rezeki bulan ni..namun aku takkan putus asa, aku akan terus berusaha sehingga ke ivf akan aku harungi..aku yakin Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buatku..sebagai hambanya aku redha dan berserah padanya


ikut perancangannya aku akan buat ivf di hsnz di kuala terenggganu nov ni..dan aku sebenarnya mengharapkan aku akan hamil sebelum nov 2011 sebab kalau blh aku tak nak buat ivf .bukan kerana apa, aku terpaksa berjauhan dari cik abang utk sebulan nanti..aku akan stay kat kg selama rawatan tu di terengganu,cik abg kat kl..kenapa aku pilih hsnz kuala terengganu utk ivf?..sebab kos ..di sana kos ivf cuma rm3000-4000 sahaja sedangkan di kl ni paling murah pu rm8000..banyak bezanya kan..kebetulan plak aku mmg org trg, jadi senang jugaklah buat kat sana, blh stay nge parents aku jer..cuma yg tak bestnyer jauh dari cik ang ler..huhu. tapi demimua baby, ibu sanggup lakukan apa sahaja

Insyaallah..akan ada rezeki untuk ku satu hari nanti..sesungguhnya Allah Maha Penyayang

Wednesday, 13 July 2011

memang betul2 suspend...perut keras jer..asyik cramp je, buncit plak tu.kalu naik tangga skit mengahnyer ngalahkan berlari 5 km.tapi...tanda cik p nak bertandang pun ada..camno ni? cik abg plak cam dh mengharap. Walaupun katanya dia tak kisah kalau tak dpt baby lagi tp aku tahu dia pun mengharap sebenarnya.mngkin cik abg taknak tambah tekanan aku lg kut.thanks cik abg.

aku plak kena travel hr jumaat..balik kg. org kata kalu awal2 melekat ni tak elok travel jauh2..alahai, duhai baby, adakah dirimu wujud dalam rahim ibu sekarang atau..cik p yg sdg bersedia utk bertamu..sungguh ibu keliru anakku. Hati ibu tefllau mengharapkan kehadiranmu sayang,terlalu merindui tangisan si kecil.Ya Allah, berilah aku peluang utk mnikmati saat indah itu..amin

kalau ikutkan hasil tvs oleh doktor hamid arshat hr tu ada 4 folicel ..2 besar dan 2 kecil..tp entah mengapa doktor tak nak teruskan plan asal utk iui malah nasihatkan aku utk cub sendiri..aku pun hairan sebenarnya..lgpun ini bkn kali pertama perkara sebegini terjadi..dah 4 kali rasanya doktor tiba2 tak tefuskan dgn iui malah minta cuba sendiri.padahal aku dh makan clomid da hasil tvs ada telur matang..alasan doktor telur yg besar tak banyak dan tak cukup besar agaknya, jadi rugi kalau buat iui katanya..aku mmg frust tak jadi buat iui pada cycle ni..walaupun tanpa iui dan dan cik abg berusha keras kali ni, yalah folicel ada 4 kan..harap2 salah satunya dapatlh membawa berita gembira buat kami..insyaallah

Hari ni, lg 2 hr tarik cik p sepatutnya bertandang..aku mula tak keruan..tanda ia akan bertamu dah, pun ada..Ya allah, tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah..kurniakanlah kami zuriat lagi Ya Allah..amiin

Saturday, 9 July 2011

lambatnyer.....

kenapa lambat sangat?.. Tanya seorang pakcik kepadaku..aku sedih? Entah..pelik?entah..kecewa?..mngki...kecewa sbb seorang pakcik yg tua seharusnya tahu akan jawapannya..namun masih juga mahu bertanya..dalm kekeliruan aku menjawab..nak buat camner pakcik..urusan rezki bkn hak saya..spontan jawapan tu keluar dr bibirku..ops, sorry ya pakcik kalau saya terkasar..aku sebenarnye selalu takde jawapan bg setiap soalan sedemikian..kerana ketahuilah betapa aku terlalu ingin mempunyai anak lagi dan lagi dan lagi....kepiluanku tak tergambar setiap kali anakku bertanya ..ibu,knapa aleya takder adik,kan best kalau aleya ada adik ..blh main, aleya bosan lh main sorang2 bu..ketahuilah anak, ibumu kini sedang gigih berusaha untuk mendapatkan seorang adik buat teman sepermainanmu..bersabarlah sayang, ibu sanggup lakukan apa sajer agaar impian kan jadi kenyataan..semoga di berkati, amiin

Friday, 8 July 2011

salam perkenalan

assalamualaikum

aku terpanggil untuk menulis..ingin berkongsi rasa dengan teman senasib,,semga resah di hati dapat dikongsi bersama...semoga usaha ttc bakal diberkati dan di makbulkan doa oleh Yang Esa, amin